BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 15, 2010

Model Pemprosesan Maklumat


Model ini berfokus kepada naluri semula jadi untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah yang sistematik dan berturutan seperti berikut:
  1. Kepekaan terhadap masalah yang timbul
  2. Pemerolehan dan penyusunan maklumat
  3. Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
  4. Pengembangan konsep berkenaan
Model ini berpaksikan kepada kajian Bruner, Goodnow dan Austin.
Model ini menunjukkan cara penyampaian dan penjelasan konsep yang berkesan. cara yang dimaksudkan ialah inkuiri dan ekspositori.


Inkuiri ialah Kaedah yang terjurus kepada kaedah pembelajaran bagi mata pelajaran sains. Kaedah yang membantu murid melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasah kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan, serta membina seterusnya menguji konsep hipotesis.


Ekspositori pula ialah kaedah yang hanya semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada m
urid-murid. ia tidak menggalakkan murid untuk memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Sebaliknya, ia hanya memastikan bahawa mereka pelajari apa yang sepatutnya dipelajari.

0 comments: