BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 15, 2010

Model sosial


  1. Pembelajaran Koperatif
-Berfokus kepada perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja kumpulan yang diutarakan oleh Salvin, dan Johnson.
-Melalui kerja kumpulan bersifat koperatif, murid-murid belajar untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di sampaing di sampaing menyelasaikan permasalahan yang timbul.
-Murid-murid juga dapat bersaing dalam suasana yang kondusif.


2. Main Peranan

-Murid-murid dikehendaki berlakon watak-watak berdasarkan satu situasi hipotetikal yang telah dikenalpasti.
-Mereka akan lebih peka terhadap masalah sosial yang timbul dalam kehidupan seharian sekaligus dapat menyelesaikan masalah tersebut.


3. Simulasi

-Menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalaui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid-murid kita.
-Dibentuk berasaskan situasi sebenar di mana kita cuba mewujudkan satu situasi yang mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran
-Murid akan mengambil bahagian dalam aktiviti ini sehingga mencapai matlamat pengajaran.
-Membantu murid-murid melihat objek perwakilan yang sebenar.


Model Behavioral

  1. Model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan.

  2. Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi.

  3. Kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan sebagainya.

  4. Antara contoh pengajaran model behavioral adalah pengajaran langsung. Guru akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung

    kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Ia sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Model Pemprosesan Maklumat


Model ini berfokus kepada naluri semula jadi untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah yang sistematik dan berturutan seperti berikut:
  1. Kepekaan terhadap masalah yang timbul
  2. Pemerolehan dan penyusunan maklumat
  3. Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
  4. Pengembangan konsep berkenaan
Model ini berpaksikan kepada kajian Bruner, Goodnow dan Austin.
Model ini menunjukkan cara penyampaian dan penjelasan konsep yang berkesan. cara yang dimaksudkan ialah inkuiri dan ekspositori.


Inkuiri ialah Kaedah yang terjurus kepada kaedah pembelajaran bagi mata pelajaran sains. Kaedah yang membantu murid melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasah kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan, serta membina seterusnya menguji konsep hipotesis.


Ekspositori pula ialah kaedah yang hanya semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada m
urid-murid. ia tidak menggalakkan murid untuk memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Sebaliknya, ia hanya memastikan bahawa mereka pelajari apa yang sepatutnya dipelajari.

Model Personal

  1. Model yang berpegang kepada unsur keperibadian individu. '
  2. Ia menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat berdikari yang produktif demi peningkatan kesedaran kendiri dan tanggungjawab terhadap nasib masing-masing.
  3. Synectics direka untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan sebagainya.
  4. melalui cara itu. murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas dari kongkongan pemikiran bersifat rigid seterusnya menggalakkan penglibatan murid secara aktif.

Teori humanisme

  1. Menegaskan kepentingan cara pengajaran- pembelajaran yang dapat memenuhi kehendak individu berdasarkan perkembangan emosinya.
  2. Guru membantu klien (pelajar) bagi mengenal pasti masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.

Teori Sosial

  1. Gabungan peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik.
  2. Pelajar ditekankan agar menggunakan pemikiran dalaman dan tidak bergantung kepada pelaziman atau operan seperti dalam teori Behavioris.
  3. Tokoh teori sosial ini adalah Albert Bandura. Mereka berpendapat bahawa pemerhatian model penting dalam pembelajaran.


Teori Kognitif

  1. Proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami.
  2. Ahli- ahli kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran manusia. Ia tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia.
  3. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat dan persepsi.