BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 15, 2010

Model sosial


  1. Pembelajaran Koperatif
-Berfokus kepada perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja kumpulan yang diutarakan oleh Salvin, dan Johnson.
-Melalui kerja kumpulan bersifat koperatif, murid-murid belajar untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di sampaing di sampaing menyelasaikan permasalahan yang timbul.
-Murid-murid juga dapat bersaing dalam suasana yang kondusif.


2. Main Peranan

-Murid-murid dikehendaki berlakon watak-watak berdasarkan satu situasi hipotetikal yang telah dikenalpasti.
-Mereka akan lebih peka terhadap masalah sosial yang timbul dalam kehidupan seharian sekaligus dapat menyelesaikan masalah tersebut.


3. Simulasi

-Menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalaui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid-murid kita.
-Dibentuk berasaskan situasi sebenar di mana kita cuba mewujudkan satu situasi yang mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran
-Murid akan mengambil bahagian dalam aktiviti ini sehingga mencapai matlamat pengajaran.
-Membantu murid-murid melihat objek perwakilan yang sebenar.


Model Behavioral

  1. Model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan.

  2. Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi.

  3. Kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan sebagainya.

  4. Antara contoh pengajaran model behavioral adalah pengajaran langsung. Guru akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung

    kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Ia sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Model Pemprosesan Maklumat


Model ini berfokus kepada naluri semula jadi untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah yang sistematik dan berturutan seperti berikut:
  1. Kepekaan terhadap masalah yang timbul
  2. Pemerolehan dan penyusunan maklumat
  3. Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
  4. Pengembangan konsep berkenaan
Model ini berpaksikan kepada kajian Bruner, Goodnow dan Austin.
Model ini menunjukkan cara penyampaian dan penjelasan konsep yang berkesan. cara yang dimaksudkan ialah inkuiri dan ekspositori.


Inkuiri ialah Kaedah yang terjurus kepada kaedah pembelajaran bagi mata pelajaran sains. Kaedah yang membantu murid melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasah kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan, serta membina seterusnya menguji konsep hipotesis.


Ekspositori pula ialah kaedah yang hanya semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada m
urid-murid. ia tidak menggalakkan murid untuk memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Sebaliknya, ia hanya memastikan bahawa mereka pelajari apa yang sepatutnya dipelajari.

Model Personal

  1. Model yang berpegang kepada unsur keperibadian individu. '
  2. Ia menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat berdikari yang produktif demi peningkatan kesedaran kendiri dan tanggungjawab terhadap nasib masing-masing.
  3. Synectics direka untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan sebagainya.
  4. melalui cara itu. murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas dari kongkongan pemikiran bersifat rigid seterusnya menggalakkan penglibatan murid secara aktif.

Teori humanisme

  1. Menegaskan kepentingan cara pengajaran- pembelajaran yang dapat memenuhi kehendak individu berdasarkan perkembangan emosinya.
  2. Guru membantu klien (pelajar) bagi mengenal pasti masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.

Teori Sosial

  1. Gabungan peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik.
  2. Pelajar ditekankan agar menggunakan pemikiran dalaman dan tidak bergantung kepada pelaziman atau operan seperti dalam teori Behavioris.
  3. Tokoh teori sosial ini adalah Albert Bandura. Mereka berpendapat bahawa pemerhatian model penting dalam pembelajaran.


Teori Kognitif

  1. Proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami.
  2. Ahli- ahli kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran manusia. Ia tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia.
  3. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat dan persepsi.


Teori Behaviorisme

  1. Menurut Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku.
  2. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.
  3. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru.
  4. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan.
  5. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan.
  6. Behaviorisme secara umumnya merujuk kepada sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku.
  7. Menurut Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku.
  8. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.
  9. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru.
  10. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan.
  11. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan.


Teori - Teori Pembelajaran

  1. Prinsip- prinsip dan hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian- kajian ahli psikologi pendidikan.

  2. Teori pembelajaran ini merupakan asas kepada para pendidik agar dapat memahami tentang cara pelajar belajar.

  3. Pendidik diharapkan agar dapat menghubung kaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan. Terdapat empat teori pembelajaran utama dalam pendidikan.

  4. Teori- teori ini adalah behaviorisme, kognitif, sosial dan humanis .




Saturday, August 7, 2010





PERBINCANGAN BLOG

Pada hari Selasa, 20 Ogos yang lalu kami telah memlakukan satu perbincangan mengenai maklumat yang perlu diletakkan pada blog MAB kami. Kami berkongsi-kongsi maklumat dengan menulis pada papan putih dihadapan kelas dan menyalinnya pada laptop masing-masing. Kemudian, Pn Jamilah akan menerangkan sedikit sebanyak tentang maklumat-maklumat tersebut untuk agar kami lebih jelas. Dengan cara itu, kami akan lebih mudah untuk menyiapkan blog yang akan dihantar pada minggu hadapan. Diharap kami dapat menyiapkan blog tersebut dengan maklumat yang dikehendaki.

Thursday, August 5, 2010



TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

PELOPOR

1. Wolfgang Kohler (1887-1967)
-
kajian ke atas 5 ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan - Prinsip pembelajaran celik akal Kohler



2.
Jerome Seymour Bruner (1915-sekarang)

-
Beliau sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan.3. David Ausubel (1918-kini)


-
Mengkaji teori pembelajaran khususnya mengenai advance organizer

Rumusan

  • Proses kognitif boleh mempengaruhi pembelajaran.
  • Murid memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran, bukan guru yang menentukan apa yang akan/tidak dipelajari.
  • Pembelajaran melibatkan proses hubungan proses mental yang tidak dapat diperhatikan.
  • Pengetahuan biasanya disusun sistematik.
  • Proses mengitegrasikan maklumat baru dengan maklumat yang pernah dipelajari.
Implikasi terhadap P&P
  • Murid perlu diberi peluang untuk menemui perhubungan.
  • Guru berperanan sebagai fasilitator dalam P&P.
  • Guru perlu sedar murid mungkin berada dalam mod pembelajaran yang berbeza.
  • Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang padan dengan tahap kognitif mereka.

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

PELAPOR

1. JOHN BROADUS WATSON (1878-1958)
- kajian dengan eksperimen "LITTLE ALBERT".
- konsep : pengukuhan

2. IVAN PETROVICH PAVLOV (1849-1936)
- kajian tentang tindak balas anjing dengan makanan.
- konsep : pengukuhan berjadual.

3. EDWARD LEE THONDIKE (1874-1949)
- kajian tentang kotak ajiab dengan binatang.
- konsep : shaping

4. BURRHUS FREDERIC SKINNER (1904-1990)
- kajian tentang tikus dengan kotak skinner
- konsep : penghapusan modifikasi tingkahlaku

PRINSIP PEMBELAJARAN


PRINSIP PEMBELAJARAN

1. PENGLIBATAN AKTIF
- Murid-murid tidak hanya akan menerima sebarang maklumat yang disampaikan tetapi mereka akan cuba kembangkan maklumat tersebut melalui penglibatan
yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2. PERKAITAN DAN CORAK/ KONSTRUKTIVISME
- Dibentuk dan diuji sambil murid-murid mencari makna berhubung dengan situasi pembelajaran.

3. PEMBELAJARAN FORMAL
-Pembelajaran tidak hanya berlaku dalam konteks bilik darjah mengikut jadual yang ditetapkan sahaja. ia boleh berlaku dimana-mana.

4. PENGALAMAN LANGSUNG
- Penting dalam konteks sebenar agar tidak berlakunya konsepsi yang salah.

5. SITUASI MENDESAK
-Seelok-eloknya melangkau pengalaman langsung. Melibatkan kesan yang sebenar bagi menjadikan pembelajaran lebih mencabar dan menarik.

6. MAKLUM BALAS BERTERUSAN
- Perlu diberi oleh guru dan rakan sedarjah sepanjang proses pembelajaran sebagai insentif dan pemulihan.

7. SUASANA YANG MENYERONOKKAN
- Maklum balas yang diberi dalam suasana sedemikian hendaklah melibatkan interaksi dan sokongan peribadi agar menjadi lebih berkesan.

8. REFLEKSI
- Membolehkan murid-murid mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka. Memupuk kemahiran penilaian kendiri serta memberi gambaran tentang apa yang berkesan dan apa yang perlu ditambahbaikan.

KONSEP PEMBELAJARAN









KONSEP PEMBELAJARAN

  • PENAMBAHAN ILMU
  • PEMYIMPAIAN ILMU
  • PEROLEHAN FAKTA DAN KEMAHIRAN
  • PENCARIAN MAKNA
  • PEMAHAMAN TENTANG REALITI DUNIA

Model Pembelajaran



MODEL PEMBELAJARAN
  • Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat
  • Model Pengajaran Sistem Behavioral
  • Model Pengajaran Sosial
  • Model Pengajaran Personal