BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 5, 2010

PRINSIP PEMBELAJARAN


PRINSIP PEMBELAJARAN

1. PENGLIBATAN AKTIF
- Murid-murid tidak hanya akan menerima sebarang maklumat yang disampaikan tetapi mereka akan cuba kembangkan maklumat tersebut melalui penglibatan
yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2. PERKAITAN DAN CORAK/ KONSTRUKTIVISME
- Dibentuk dan diuji sambil murid-murid mencari makna berhubung dengan situasi pembelajaran.

3. PEMBELAJARAN FORMAL
-Pembelajaran tidak hanya berlaku dalam konteks bilik darjah mengikut jadual yang ditetapkan sahaja. ia boleh berlaku dimana-mana.

4. PENGALAMAN LANGSUNG
- Penting dalam konteks sebenar agar tidak berlakunya konsepsi yang salah.

5. SITUASI MENDESAK
-Seelok-eloknya melangkau pengalaman langsung. Melibatkan kesan yang sebenar bagi menjadikan pembelajaran lebih mencabar dan menarik.

6. MAKLUM BALAS BERTERUSAN
- Perlu diberi oleh guru dan rakan sedarjah sepanjang proses pembelajaran sebagai insentif dan pemulihan.

7. SUASANA YANG MENYERONOKKAN
- Maklum balas yang diberi dalam suasana sedemikian hendaklah melibatkan interaksi dan sokongan peribadi agar menjadi lebih berkesan.

8. REFLEKSI
- Membolehkan murid-murid mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka. Memupuk kemahiran penilaian kendiri serta memberi gambaran tentang apa yang berkesan dan apa yang perlu ditambahbaikan.

0 comments: